Pulau Hainan, China


Februari 2009

Peta Pulau hainan, Sila rujuk peta ini. maklumat lanjut : http://en.wikipedia.org/wiki/Hainan




hai, ini gambar saya pertama kali naik kapal terbang. so excited. mula2 takut.. tapi lepas itu rasa seronok pulak naik kapal terbang. teruja.. =)


cantik kan pemandangan kat luar?

HAIKOU:


bergambar bersama. kami pergi travel sendiri. bukan ikut agensi. dari kanan, itu saya. =)


saya sedang merakam video pengambaran kami. masa ini, kami berada di bandar Pulau Hainan iaitu Haikou. tempat ini diibaratkan seperti pasar malam. bezanya, ada permainan. 


singgah kedai makan mi tarik. sedap wo... ;p

WENCHANG:


foto keluarga. yg depan duduk tengah itu adik nenek saya, belah mak. yang dua dari kanan itu sepupu mak saya. rumah dia besar. tak ada bumbung. bumbung jenis yang ruang lapang yg boleh sidai baju kat atas.

SANYA:


bergambar di hotel penginapan. 


comel kan? gambar penduduk disana. 


makanan kat sana. sup mi tarik.


salah satu masjid kat kawasan perkampungan itu.


penempatan orang Islam ini berada di tepian pantai. cuaca pulak hampir sama dgn Malaysia. bezanya, bila waktu malam, cuaca sejuk macam kat genting.


yang baju merah itu, pengantin baru. cara mereka pakai tudung, lain sedikit. selain itu, mereka pakai tudung yang jenis kilat2. orang perempuan sana semua pakai tudung. saya tak nampak yang gemuk. semua slim2. 


saya berada di rumah kawan mak.


masyarakat Islam kat sana.


jangan terkejut, mereka masih amalkan makan buah pinang. sedangkan di Malaysia, hampir pupus. saya sangat kagum dengan semangat mereka. 


inilah bilik kami. bilik ini agak besar.


kenderaan disana. 


bergambar di bulatan tengah2 jalan. di bulatan ini, ada kubur orang Islam. dengar cerita, kerajaan hendak buang perkuburan itu. tetapi dibantah keras oleh orang Islam. Jadi, kerajaan buatlah bulatan supaya tak musnahkan perkuburan itu.


pengantin perempuan sedang berdandan.


adat mereka hampir sama dengan orang Melayu. tapi orang melayu sekarang jarang ada yang pakai hiasan kepala seperti ini. kata pengantin perempuan ini, berat. simbolik yang perempuan akan memegang tanggungjawab yang berat kelak.


bergambar bersama pengantin perempuan.

SANYA (The End of the Earth):


saya berada di 'tian ya hai jiao'.


'tian ya hai jiao' ,tempat ini adalah paling selatan China. dikatakan ada cerita zaman dulu yang seseorang itu dihukum campak ke 'hujung dunia' atau hujung China.


selepas pergi 'tian ya hai jiao', kami pergi makan seafood. sedap. ;p

SANYA (Miao Zu):


kemudian, kami berkunjung ke kawasan perkampungan puak 'miao' atau 'miao zu'.

pakaian mereka seperti kaum di sabah sarawak.



yang kiri itu auntie Nabila. kawan mak.